Lufthansa Sambung Semula Laluan Terus Kuala Lumpur–Frankfurt

SEPANG, 26 Oktober – Lufthansa menyambung semula penerbangan terus antara Kuala Lumpur dan Frankfurt, Jerman, sebanyak lima kali seminggu sepanjang tahun bagi meningkatkan ketibaan pelancong Eropah ke Malaysia.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, laluan itu dijangka memperkukuh hubungan udara Malaysia-Jerman serta menyokong kempen Melawat Malaysia 2026–2027.

Malaysia menerima 1.18 juta pelawat dari Eropah bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, meningkat 1.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Daripada jumlah itu, 116,804 pelawat adalah dari Jerman.

Penerbangan berkenaan turut dijangka memperluas akses pelancong Eropah ke Malaysia serta mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab penghubung antara Asia Tenggara dan Eropah.

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *