Filipina perkukuh kerjasama pertahanan ASEAN menerusi ADMM ke-20

MANILA, 27 Oktober – Filipina akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-20 dan ADMM-Campur ke-13 di Cebu City, pada 28 hingga 29 Oktober ini, bagi memperkukuh kerjasama pertahanan dan keselamatan serantau.

Mesyuarat bertemakan “Mengemudikan Masa Depan Kita, Bersama” itu menghimpunkan menteri pertahanan ASEAN dan rakan dialog untuk membincangkan kerjasama dua hala, dialog pertahanan serta isu berkepentingan bersama.

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada Kepengerusian ASEAN Filipina 2026 yang memberi keutamaan kepada keamanan, kestabilan dan kerjasama pertahanan praktikal di rantau Indo-Pasifik.

ADMM menjadi mekanisme perundingan pertahanan tertinggi ASEAN sejak 2006, manakala ADMM-Campur melibatkan negara anggota ASEAN bersama lapan negara tambahan sejak 2010.

– BERNAMA-PNA

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *