
SAN FRANCISCO, 26 Oktober – Microsoft menawarkan skim berhenti kerja secara sukarela kepada kira-kira 60,000 pekerja di Amerika Syarikat, Kanada, India dan Britain bagi mengurangkan kos operasi ketika syarikat itu terus meningkatkan pelaburan dalam kecerdasan buatan (AI).
Tawaran itu melibatkan kakitangan terpilih pada peringkat naib presiden dan ke bawah, manakala sebahagian pekerja pusat data serta bahagian jualan dan pemasaran dikecualikan.
– AFP
