Surat pemakluman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah dihantar ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, kata Speaker Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.

27 Oktober 2026

Beliau berkata pihaknya menerima surat pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak yang ditandatangani Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Jumaat lepas.

“Surat pengisytiharan pembubaran itu juga adalah selari dengan Perkara 21(2) Perlembagaan Negeri Sarawak di mana Yang Dipertua Negeri mempunyai kuasa membubarkan DUN.

“Sehubungan itu, saya telah memaklumkan kepada Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun mengenai perkara itu melalui surat bertarikh hari ini,” katanya pada sidang media di bangunan DUN Sarawak hari ini.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *