Norway sambung semula bantuan kewangan kepada Hungary

OSLO, 27 Oktober – Norway akan menyambung semula bantuan kewangan kepada Hungary berjumlah 254.1 juta euro (AS$285 juta) bagi menyokong agenda pembaharuan demokrasi dan pengukuhan institusi negara itu.

Perjanjian berkenaan dimeterai Menteri Luar Norway, Espen Barth Eide, bersama Menteri Kewangan Hungary, Andras Karman, di Budapest pada Isnin.

Kerjasama itu memberi tumpuan kepada pengukuhan kedaulatan undang-undang, tadbir urus baik, kebebasan media dan integriti maklumat.

Norway menggantung bantuan berkenaan pada 2014 ketika Hungary di bawah pentadbiran Viktor Orban, susulan kebimbangan mengenai pengurusan dana.

Perkembangan itu menyusul kemenangan Peter Magyar dalam pilihan raya parlimen April lalu, selain cadangan Suruhanjaya Eropah pada September untuk menyalurkan dana berjumlah 4.2 bilion euro yang sebelum ini dibekukan kepada Hungary.-AFP

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *