HUBUNGAN MALAYSIA -UZBEKISTAN MAKIN KUKUH, METERAI MoU BERI MANFAAT KEPADA RAKYAT

Oleh : Noraini Nordin
(Ulasan Berita)

6 Feb 2025

Presiden Uzbekistan, Shahvkat Mirziyoyev bersama delegasinya telah pun berlepas pulang ke Tashkent malam tadi dengan pesawat Uzbekistan Airways setelah dua hari melawat negara ini.

Kunjungan rasmi presiden tersebut pastinya menjadi satu lagi catatan manis yang bersejarah bagi Kerajaan Madani yang diterajui oleh Datok Seri Anwar Ibrahim , tambahan pula ia merupakan lawatan pertama Presiden Uzbekistan ke Malaysia dalam tempoh 20 tahun.

Seperti kata Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia, Karomidin Gadoev, lawatan terakhir seorang pemimpin dari negara Asia Tengah itu ke Malaysia dilakukan oleh Presiden pertama Uzbekistan, Islam Karimov pada 2005.

Menyusuri kunjungan Mirziyoyer sepanjang berada di bumi Malaysia, jadual beliau dipenuhi dengan pertemuan peringkat tertinggi termasuk perbincangan dua hala dengan PMX, pertemuan dengan eksekutif utama syarikat terkemuka negara serta menghadiri forum perniagaan bersama.

Hubungan dua hala antara Malaysia dan Uzbekistan semakin kukuh ekoran daripada lawatan rasmi Presiden Shahvkat Mirziyoyev selama dua hari ke negara ini yang pastinya bermanfaat kepada rakyat.

Pemimpin dua negara ini begitu bersemangat menggunakan ruang perbincangan dalam setiap pertemuan demi memastikan Malaysia dan Uzbekisten berperanan menjadi jambatan strategik yang mampu menghubungkan Asia Tengah dan Asia Tenggara berdasarkan kedudukan geografi dua negara ini.

Sudah pasti sebagai Pengerusi ASEAN Malaysia juga turut menujukkan kemampuan sebagai tuan rumah yang amat diyakini serta dipercayai oleh pemimpin-pemimpin dunia untuk berdagang secara besar-besaran di negara ini.

MoU DALAM PELBAGAI BIDANG

Selain daripada merapatkan hubungan serta keharmonian dua negara dalam lawatan tersebut juga beberapa memorandum persefahaman (MoU) telah dimeteraikan dalam pelbagai bidang termasuk dalam bidang kesihatan , budaya, pelancongan, sains forensik dan pendidikan.

Majlis pertukaran dokumen rasmi disaksikan oleh PMX dan Presiden Uzbekistan yang secara langsung menunjukkan betapa eratnya hubungan serta keyakinan dua negara ini dalam memperkasakan kerjasama demi kesejahteraan rakyat.

Berikut adalah antara rumusan lawatan Presiden negara tersebut yang memberi banyak faedah kepada rakyat dan Uzbekistan juga kekal sebagai rakan kedua terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Asia Tengah.

MEMETERAI BEBERAPA MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) PELBAGAI BIDANG

Malaysia dan Uzbekistan menandatangani tiga Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang kesihatan, sains forensik, dan budaya, serta empat Pertukaran Nota termasuk pengajian tinggi, latihan diplomatik, halal, dan kastam semasa lawatan rasmi Presiden Shavkat Mirziyoyev ke Malaysia pada Februari 2025 .

PENINGKATAN HUBUNGAN KE TAHAP PERKONGSIAN STRATEGIK

Malaysia dan Uzbeksitan bersetuju meningkatkan hubungan dua hala ke tahap perkongsian strategik, termasuk kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, dan isu keselamatan antarabangsa seperti memerangi keganasan dan migrasi haram .

KERJASAMA DALAM INDUSTRI SEMIKONDUKTOR

Uzbekistan dan Malaysia merancang kerjasama dalam industri semikonduktor dan mikroeletronik, memanfaatkan kepakaran Malaysia (penyumbang 13% pasaran global) dan sumber mineral nadir bumi Uzbekistan .

PERDAGANGAN DUA HALA

Uzbekistan adalah rakan dagang kedua terbesar Malaysia di Asia Tengah dengan jumlah dagangan RM369.8 juta (2024). Imbangan dagangan memihak Malaysia sebanyak RM360.3 juta .

HUBUNGAN PENDIDIKAN DAN PELAJAR

Lebih 500 pelajar Uzbekistan sedang belajar di universiti Malaysia. Sebuah kampus cawangan Universiti Binary International Malaysia juga beroperasi di Urgench, Uzbekistan .

PELANCONGAN DAN VISA BEBAS

Rakyat kedua negara menikmati kemudahan visa bebas 30 hari. Jumlah pelancong Malaysia ke Uzbekistan meningkat dua kali ganda dari 4,396 (2023) ke 8,854 (2024) .

SOKONGAN DALAM FORUM ANTARABANGSA

Kedua negara menyokong pencalonan dan inisiatif masing-masing di PBB, OIC, dan ASEAN. Uzbekistan menyokong Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 .

PERSAMAAN BUDAYA DAN AGAMA
Hubungan erat kedua negara didorong oleh persamaan agama Islam, nilai budaya, dan program pembangunan nasional seperti Uzbekistan-2030 dan Malaysia MADANI .

Lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Uzbekistan (Mei 2024) dan lawatan balas Presiden Mirziyoyev ke Malaysia (Februari 2025) menjadi pemangkin kepada perjanjian bernilai $3 bilion serta perbincangan strategik .

Sudah pasti kerjasama erat dua negara ini akan saling lengkap melengkapi dan melihat kepada asas ekonomi yang melindungi kepentingan rakyat serta kebajikan mereka- JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *