












Oleh Norani Nordin
(Foto oleh Royal Press Office) –
7 Feb 2025
KUALA LUMPUR :
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.
Baginda diiringi oleh dua anakandanya iaitu YAM Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim Al-Haj Tunku Panglima Johor dan Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim Al-Haj Tunku Putera Johor.
Istana Negara dalam kenyataan hari ini berkata, perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.
“Seluruh rakyat diminta mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan’ jelas Kenyataan Istana Negara itu lagi.
