JPJ Perlis tahan penunggang motosikal cuba lari sekatan ada tiga kesalahan

Oleh: Sholina Osman
10 FEB. 2025

Penutup Ops Khas Bersepadu Tahun Baharu Cina (TBC) 2025 kali ini dikejutkan dengan tindakan seorang penungggang motosikal memecut laju ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di hadapan Bangunan Pesekutuan di Persiaran Jubli, Kangar malam tadi.

Bagaimanapun kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, Noraini Mohd Nawi berkata, lelaki berusia 30-an itu berjaya ditahan oleh anggotanya di laluan lain sebelum suspek melarikan diri.

“Rupanya setelah diperiksa, suspek dikesan telah melakukan tiga kesalahan,” katanya pada sidang media mengenai operasi berkenaan di hadapan jalan Bangunan Persekutuan.

Noraini berkata, suspek didapati tidak mempunyai lesen memandu, cukai jalan motosikal tamat tempoh lima tahun lalu dan nombor plat motosikal palsu kerana ia telah didaftarkan pada motosikal lain.

CUMA MENUNGGU KEPUTUSAN

Beliau berkata, pihaknya cuma menunggu keputusan saringan air kencing suspek sama ada ada ada pengaruh dadah atau tidak.

Noraini berkata, secara keseluruhan statistik Bersempena Ops Tahun Baru Cina 2025 yang dilaksanakan mulai 20 Januari 2025 sehingga 9 Februari 2025 yang bertemakan “Pandu Cermat, Sampai Selamat”
Perlis sebanyak 2,757 notis telah dikeluarkan oleh JPJ Perlis atas pelbagai kesalahan

Beliau berkata, operasi ini melibatkan 79 anggota penguatkuasa JPJ Negeri Perlis dan kerjasama strategik dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

KENDERAAN TELAH DIPERIKSA

Beliau berkata, sebanyak 14,555 kenderaan telah diperiksa di mana 1,609 kenderaan diambil tindakan.

“Sebanyak 6 buah kenderaan telah disita iaitu 4 buah motosikal dan 2 buah motokar,” katanya.

Beliau berkata, sejajar dengan Ops TBC 2025 ini juga, strategi pemeriksaan Bas Ekspres di terminal utama telah dijalankan melibatkan pemeriksaan terhadap 357 buah Bas Ekspres.

DUA BUAH BAS

Jelas beliau, dalam Ops kali ini, sebanyak dua buah bas yang dikenakan tindakan iaitu kesalahan tayar haus, dan masalah teknikal lain (cermin retak).

Tambahnya, sebanyak 30 orang pemandu bas telah dilakukan ujian saringan air kencing dan didapati terdapat seorang pemandu bas adalah positif.

Katanya, Notis Penahanan lesen memandu telah diberikan dan pemandu berkenaan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan atau memandu dalam tempoh penahanan dokumen. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *