Menteri Komunikasi tinjau integrasi 5G di RGTSU, Melaka

11 FEB. 2025

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meninjau integrasi 5G di Terminal Pengegasan Semula Sungai Udang (RGTSU), Melaka.

Fahmi berkata, Petronas telah melancarkan empat rangkaian 5G persendirian, termasuk yang pertama di RGTSU.

Beliau berkata, integrasi 5G di terminal itu memanfaatkan internet benda (IoT), kecerdasan buatan (AI), dan automasi yang membolehkan operasi Petronas menjadi lebih cekap, produktif, dan selamat.

“Sambungan pantas serta kependaman rendah menyokong pemantauan masa nyata dan pengurusan risiko yang lebih baik,” katanya menerusi perkongsian di FB.

INISIATIF INI DISOKONG

Fahmi berkata, inisiatif ini disokong oleh serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memperkukuh transformasi digital sektor tenaga.

“Sedang kita memulakan perjalanan transformasi ini, penting untuk akui peranan yang dimainkan oleh teknologi terkini,” tambahnya.

Sambungan pantas 5G, kependaman yang rendah, dan keupayaan untuk mengendalikan aliran data yang besar akan memperkasa ekonomi negara kita untuk kekal berinovasi, bersaing, serta mencapai kecemerlangan di peringkat global. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *