


Oleh: Sholina Osman
(Sorotan khas pemilihan KEADILAN 2025-2028)
20 FEB 2025
Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek sentiasa menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dan persediaan rapi bagi anggota wanita parti untuk terus menghadapi cabaran politik.
Menurut Ketua Wanita KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, Fadhlina sentiasa berusaha memperkasakan wanita di Negeri Sembilan dan memastikan mereka bersedia menghadapi cabaran politik dengan ilmu serta strategi yang mantap.
“Beliau juga sentiasa berpesan kepada Pemimpin Wanita Negeri Sembilan yang memegang jawatan laksanakan tugas dengan baik kerana ianya satu amannah perlu dipikul.
“Peringatan Fadhlina lagi jawatan bukan sesuatu yang indah dan untuk mendapat laba. Kena angkat apa yang Fadhlina telah buat untuk wanita . Saya harap wanita Negeri Sembilan mengambil sikap begitu ,” jelas Noorzunita dalam kenyataan media.
Noorzunita Begum berkata, Fadhlina telah berusaha untuk mengangkat suara wanita di dalam Dewan Rakyat dan menegaskan keperluan kesaksamaan gender di dalam politik di mana sekurang-kurangnya 30
peratus Ahli Parlimen Wanita.
BERANI UNTUK MENCANTING
Maka kata Noorzunita, Wanita Negeri Sembilan seharusnya berani untuk mencanting cita-cita bagiu mengisi ruang-ruang yang perlu dalam negeri dan negara.
“Contohi Ibu Reformasi kita, Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail yang berjiwa kental dan perjuangannya tidak perlu dipertikaikan,” jelas beliau lagi.
Kata Noorzunita Begum, Fadhlina juga telah mewujudkan beberapa inisiatif untuk wanita.
“Wanita Negeri Sembilan seharusnya cakna dengan inisiatif ini demi untuk memajukan diri. ,” katanya.
Beliau menggariskan usaha Fadhlina termasuk menubuhkan Sekolah Wanita (SWAN) bagi membantu Wanita berdaya saing dalam kepimpinan.
PELBAGAI PROGRAM MEMBANTU WANITA
” Bakul Makanan Wanita (BMW) pula bantuan kebajikan untuk wanita yang memerlukan manakala Asimilasi Struktur Asak (ASAK) bagi membantu Wanita menguasai teknologi dan pentingnya transformasi digital,” katanya.
Beliau berkata, menerusi program Penerangan Wanita Madani bagi menerangkan dan memahami dasar-dasar kerajaan.
“Program Wanita Empowerment & Resilience (POWER) pula dapat meningkatkan daya tahan wanita dalam menghadapai cabaran hidup selain “Girls Rising Through Opportunities And Work” (GROW) untuk memberi peluang kepada gadis-gadis muda untuk meneroka bidang kerjaya.
Program Inisiatif Literasi dan Kewangan Wanita (WIN) pula bagi memberi ilmu dalam pengurusan kewangan kepada wanita.
MEMBINA RANGKAIAN SOKONGAN
Jaringan Sokongan Wanita bagi membina rangkaian sokongan yang kukuh dari wanita seluruh negara.
Fadhlina juga melaksanakan program Siri Wanita Akar Rumput Madani (WARM) yang difokuskan kepada wanita akar umbi bertujuan memperkukuhkan peranan wanitta dalam komuniti.
“Run To Win (R2W) pula satu program bagi mengenal pasti dan melatih wanita yang berminat untuk bertanding di dalam pilihan raya.
Katanya, menerusi program Kasih Keluarga Madani pula difokuskan kepada wanita demi kesejahteraan keluarga.
“Inilah sebelas inisiatif yang akan dikembangkan untuk wanita dan Wanita Negeri Sembilan kena sentiasa bersedia untuk menggalasnya,” kata Noorzunita Begum. – JM
