Pendidikan berterusan masa depan cerah, hidup lebih baik – Dr Wan Azizah

Oleh: Sholina Osman
Foto FB Dr Wan Azizah Wan Ismail
26 FEB. 2025

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menekankan kepentingan pendidikan dan pembelajaran berterusan dari peringkat sekolah rendah hingga institusi pengajian tinggi sebagai asas kepada masa depan yang lebih cerah dan jaminan kehidupan yang lebih baik.

Beliau yang juga Isteri Perdana Menteri berkata, pendidikan sangat penting, bukan sahaja untuk masa depan anak-anak, tetapi juga berperanan dalam mengubah nasib keluarga agar lebih baik pada masa akan datang.

PENYERAHAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN

“Pendidikan merupakan tiket penting dalam mengubah kehidupan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Persekolahan Murid-Murid Tingkatan 5 tahun 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Selatan.

Penyerahan sumbangan kepada 282 pelajar itu merupakan sebahagian daripada hampir 3,000 pelajar sekolah menengah harian di Parlimen Bandar Tun Razak yang menerima manfaat daripada inisiatif itu.

Pelajar Tingkatan 5 ini menerima sumbangan persekolahan berupa beg sekolah, set peralatan alat tulis, dan wang tunai RM100. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *