Agong selamat tiba dari Brunei

Petikan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
27 FEB. 2025

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat tiba dari Brunei selepas berkenan mengadakan lawatan khas selama sehari ke negara itu, semalam.

Terdahulu, Sultan Brunei Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien berkenan memandu sendiri ke Hangar Penerbangan Diraja Brunei bersama Sultan Ibrahim.

Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, hari ini (27 Februari) pagi tadi. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *