Dr Wan Azizah hadir majlis ilmu di Kompleks Seri Perdana

1 MAC 2025

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hadir dalam Majlis Ilmu di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Penceramah jemputan adalah penerima Anugerah Khas Tokoh Wanita MADANI Negeri Sembilan, Ustazah Salbiah Omar.

Beliau menyampaikan ceramah bertajuk “Ramadan Al Mubarak : Menggapai Taqwa Meraih Keberkatan”.

KESUDIAN BERKONGSI
ILMU

“Terima kasih kepada Ustazah Salbiah Omar atas kesudian berkongsi ilmu dan nasihat dalam majlis ini,” kata Dr Wan Azizah menerusi perkongsian di FB.

Beliau berharap dengan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya.

“Semoga ia menjadikan kita lebih bersedia untuk menyambut ramadan bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini,” katanya.

Selain itu kata Dr Wan Azizah semoga semua umat Islam dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di alkhirat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *