





3 MAR 2025
Foto FB Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak semua pihak perlu lebih bersederhana dalam menyambut Iftar bagi menghidupkan roh dan semangat Ramadan yang sedang dirasai ketika ini.
Beliau menyampaikan amanat tersebut dalam Perjumpaan Bersama Warga JPM bagi Bulan Mac 2025 pagi ini.
Perdana Menteri juga menitipkan pesanan agar melebihkan sumbangan kepada yang memerlukan.
JANGAN BERLEBIHAN DARI
“Jangan berlebihan dari segi makan minum, perkakasan dan perhiasan,” katanya menerusi perkongsian di FB.
“Setiap warga, perlu menggunakan kehadiran Ramadan ini dalam mengukuhkan keyakinan ibadah kepada Allah SWT, memupuk integriti, disiplin, dan kejujuran agar kita lebih insaf dalam kegiatan kita,” kata beliau. – JM
