



23 MAC 2025
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
menghadiri program Bantuan (Pek Ceria Raya) MADANI Rakyat di Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Bantuan ini telah diagihkan kepada golongan asnaf, kurang upaya dan ibu tunggal bagi meringankan beban perbelanjaan harian.
“Ucapan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program tersebut,” kata Dr Wan Azizah menerusi perkongsian di FB.
“Semoga usaha kita diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat,” katanya. – JM
