







28 MAC 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati kerana kebanyakan barangan basah seperti telur, ayam, ikan, daging, bawang, gula dan tepung tidak melambung tinggi seperti di tahun-tahun sebelumnya menjelang hari perayaan.
Malah kata beliau pencapaian yang sama telah berjaya dicapai pada tahun ini dengan tahun lalu dan sebelumnya.
“Saya zahir penghargaan setingginya atas usaha berterusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melawan kartel dan memastikan kebajikan rakyat terus terbela, dan dalam masa yang sama memastikan bekalan terjamin,” katanya pada satu hantaran di FB.
UNTUK MENINJAU HARGA
Terdahulu beliau singgah ke sebuah pasar raya di Subang Jaya untuk meninjau harga dan bekalan barangan menjelang Aidilfitri.
“Penghargaan juga buat peniaga-peniaga dan syarikat yang jujur dan bersama Kerajaan dalam memastikan harga barangan stabil, terutama yang tidak termasuk dalam kawalan,” katanya.
“Saya hargai usaha sebegini yang menunjukkan komitmen semua pihak untuk bersama membela rakyat terbanyak,” tambahnya. – JM
