Dr Wan Azizah lawat mangsa kebakaran saluran paip gas di Hospital Serdang

1 APRIL 2025

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail melawat mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights yang kini menerima rawatan di Hospital Serdang.

Turut sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan isteri.

“Semoga semua mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan, serta diiringi doa agar segera sembuh dan pulih,” katanya menerusi perkongsian di FB.

Dr Wan Azizah juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan penyelamat, doktor, serta petugas perubatan yang telah menangani situasi ini dengan penuh dedikasi. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *