PMX arah bantuan, koordinasi insiden kebakaran di Putra Heights diselaraskan MB Selangor, Petronas

Petikan FB Anwar Ibrahim
5 APRIL 2025

Pejabat Perdana Menteri (PMO) ingin memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan agar segala bentuk bantuan dan usaha koordinasi terkait insiden kebakaran di Putra Heights perlu diselaraskan secara langsung dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari serta pihak Petronas diketuai Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz.

Langkah ini bagi memastikan segala gerak kerja terkait pengurusan bantuan di lapangan dapat dibuat dengan teratur dan lebih berkesan.

DALAM MENANGANI SITUASI

Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan sektor industri amat penting dalam menangani situasi ini dengan segera dan menyeluruh.

Perdana Menteri akan terus memantau perkembangan semasa dan memberi sokongan dan dukungan penuh terhadap segala usaha pemulihan dan keselamatan yang sedang dilaksanakan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *