PMX bertemu CZ bincang potensi industri blockchain di Malaysia

23 APRIL 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan Pengasas Binance, CZ untuk membincangkan potensi Malaysia sebagai hab utama dalam aset digital dan industri blockchain yang semakin berkembang.

“Saya mengalu-alukan perbincangan berterusan bersama agensi seperti Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Digital untuk meneroka kaedah memudahcara dan mempromosikan inovasi yang bertanggungjawab,” katanya dalam hantaran di FB.

Pada masa yang sama kata Perdana Menteri jelas bahawa kepimpinan kerajaan adalah penting dalam memacu penggunaan blockchain—seperti melalui pendigitalan dan meneroka tokenisasi instrumen kewangan dan kes penggunaan lain.

“Dengan langkah yang betul, Malaysia boleh meletakkan dirinya di barisan hadapan dalam transformasi digital global ini,” tambahnya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *