Peluncuran Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM satu mercu tanda penting – Saifuddin

Oleh: Sholina Osman
28 APRIL 2025

Peluncuran Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah satu mercu tanda yang amat penting dalam usaha meningkatkan profesionalisme, integriti, serta kualiti kepimpinan badan ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, malah PDRM satu-satunya agensi di bawah KDN yang memiliki kamus kompetensi kepimpinan tersendiri.

Beliau berkata, kamus ini akan menjadi asas utama dalam membimbing para pegawai untuk menjadi pemimpin yang berkaliber, beretika tinggi, dan berorientasikan prestasi cemerlang.

MEMPERKUKUHKAN NILAI KEPIMPINAN

“Ia bukan sahaja memperkukuhkan nilai kepimpinan dalam kalangan pegawai, malah memastikan PDRM sentiasa relevan dan diyakini rakyat,” katanya dalam hantaran di FB

Terdahulu Saifuddin hadir ke Majlis Peluncuran Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM yang merupakan hasil kerjasama strategik antara PDRM dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Beliau berkata, pasukan polis walaupun usianya sudah lama, hakikat bahawa mereka bersedia untuk adakan kolaborasi ini.

PANDANGAN PIHAK LAIN

“Maknanya mereka terbuka untuk mendengar pandangan pihak lain untuk memberikan penambahbaikkan kepada pasukan polis,” katanya.

Saifuddin turut diberi taklimat selepas majlis peluncuran berkenaan mengenai proses Penilaian Kompetensi dan Potensi Pegawai Kanan Polis, satu proses penting yang bertujuan menilai serta mengenal pasti potensi pegawai bagi mengisi jawatan strategik dalam organisasi PDRM. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *