





29 APRIL 2025
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah merasmikan The 15th Regional Steering Committee (RSC) Meeting of the Southeast Asia Primary Learning Metrics (SEA-PLM) Programme in Malaysia in 2025.
SEA-PLM ialah program serantau yang bertujuan mengukur tahap pembelajaran asas murid sekolah rendah di Malaysia, Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina, Timor-Leste dan Vietnam.
“Ia menyokong dasar pendidikan melalui kerjasama dalam kalangan negara anggota,” katanya dalam hantaran di FB.
AGENDA BESAR MALAYSIA
Acara ini menyerlahkan agenda besar Malaysia bersama-sama dengan rakan serantau untuk memperkasakan pendidikan di Asia Tenggara.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia ingin menggunakan acara ini sebagai wahana untuk memupuk kebersamaan, kemajuan dan kelestarian dalam ruang lingkup pendidikan.
“Saya berkongsi dengan delegasi yang hadir mengenai tumpuan utama pendidikan negara pada masa ini iaitu untuk meningkatkan keupayaan literasi dan numerasi selain menangani isu keciciran murid,” katanya.
PELBAGAI PERKARA TERKAIT
Beliau berkata, peluang menghadiri acara ini turut saya gunakan untuk berbincang mengenai pelbagai perkara terkait pembangunan pendidikan dengan Pengerusi Sekretariat SEAMEO, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim dan Penasihat Pendidikan Serantau UNICEF EAPRO,
Mitsue Uemura.
“Kepada semua delegasi yang hadir, selamat bermesyuarat dan nikmati keunikan budaya, tradisi, makanan dan tempat-tempat menarik di Malaysia!,” katanya. – JM
