PMX terima kunjungan hormat Duta Besar Republik Arab Mesir ke Malaysia

30 APRIL 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Arab Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr, Duta Besar Republik Arab Mesir ke Malaysia.

Ragai akan menamatkan perkhidmatannya di Malaysia pada 30 April 2025 dan kembali ke Kaherah.

Dalam pertemuan tersebut, beliau mengungkapkan betapa hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara sahabat telah menjadi semakin akrab di bawah pimpinan Kerajaan MADANI.

EKONOMI DAN PERDAGANGAN

“Kerjasama ini terserlah dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pendidikan seperti penubuhan Institut Bahasa Arab melalui kerjasama pintar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Al-Azhar di Kaherah,” kata Anwar menerusi perkongsian dimFB.

Selain itu katanya, juga wujud kerjasama kemanusiaan menerusi bantuan di Gaza untuk rakyat Palestin, di samping sektor pelancongan yang menunjukkan perkembangan positif di kedua-dua negara.

“Semoga hubungan diplomatik dan persaudaraan Malaysia dan Mesir akan terus berkembang terutama dalam mendepani isu-isu global yang kompleks, menerusi pelbagai medium yang dinamik serta berhikmah,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *