PMX hadir Taklimat Pewartaan PTKL 2040

30 APRIL 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghadiri Taklimat Pewartaan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) yang membentangkan inisiatif pembangunan ibu negara yang lebih mampan dan inklusif.

Beliau berkata, antara tumpuan utama ialah penyelarasan guna tanah antara kerajaan Persekutuan dan awam, penggalakan pembangunan berteraskan teknologi serta perlindungan alam sekitar dan warisan bandar.

“Draf PTKL2040 memperkenalkan pendekatan baharu seperti insentif pembangunan semula, kawalan nisbah plot yang fleksibel dan pelaksanaan zon guna tanah baharu demi kesejahteraan komuniti bandar,” katanya dalam hantaran di FB.

Orang ramai dijemput menghadiri Hari Terbuka pada 7–9 Mei 2025 sebelum pelan ini diwartakan secara rasmi hujung Mei nanti. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *