



Oleh: Sholina Osman
12 MEI 2025
‘Selagi Jantung Berdenyut’ bukan calang-calang orang yang berani menggunakan “tag line” ini kerana ia adalah bentuk serahan jiwa secara total yang diberikan untuk parti yang bernama KEADILAN.
Bermakna selagi hayat dikandung badan, perjuangan ini akan diteruskan tanpa menoleh ke belakang lagi.
Jadi pengundi jangan sesekali mempersia-siakan hasrat Noraini Nordin yang teguh dengan pendirian ‘Selagi Jantung Berdenyut’ untuk berjuang bagi memperkasakan KEADILAN.
CALON MAJLIS PIMPINAN WANITA
Atas dasar itu Ketua Penerangan Wanita Pusat, Noraini Nordin atau juga dikenali NN ini dengan rasa rendah hati telah menawarkan diri sebagai calon Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat bagi sesi 2025-2028.
“Mohon anggota-anggota parti untuk terus memberi ruang kepada saya berada dalam Majlis Pimpinan Wanita
Pusat,” katanya pada hantaran di FB.
NN bersyukur dengan dikurniakan
kesihatan terbaik dan jiwa yang kental ini telah memberi semangat untuk beliau terus berjuang memperkasakan KEADILAN.
KEKUATAN YANG ADA
Malah beliau akan terus merangkul
kekuatan yang ada untuk menyebarluas mesej Malaysia MADANI bukan sahaja ke pelusuk negara malah ke pentas dunia.
“Saya mahu mencurahkan segala pengalaman dan ilmu untuk membantu parti menerusi siri-siri penerangan, latihan secara tersusun dan kemas hingga ke akar umbi ” tegas beliau.
Beliau berkata, mesej Malaysia Madani PMX mesti terus dijiwai oleh seluruh rakyat zaman berzaman.
Sudah terang lagi bersuluh – NN adalah calon Majlis Pimpinan Wanita Pusat yang dicari “Berani Bertanding Berani Berkhidmat”. – JM
