“You go, girl! semangat Azalina untuk Nurul Izzah sebagai calon Timbalan Presiden KEADILAN

Oleh: Sholina Osman
12 MEI 2025

“You go, girl! And Happy Mother’s Day to you!”, itulah reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said semasa mengadakan pertemuan dengan Nurul Izzah Anwar.

Kata-kata semangat ini seiring dengan ucapan tahniah oleh Azalina kepada Nurul Izzah sebagai calon Timbalan Presiden KEADILAN yang akan bertanding menjelang pemilihan parti itu, akhir bulan ini.

“Semoga ia menjadi titik permulaan untuk lebih ramai wanita menyertai bidang politik arus perdana,” kata Azalina pada hantaran di FB.

SOKONGAN TERHADAP PERJUANGAN

Azalina juga mengucapkan terima kasih di atas kunjungan Nurul Izzah bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan membela nasib saudara kita di Gaza.

Beliau menegaskan perjuangan membela rakyat Palestin melangkaui isu agama, politik, dan sempadan negara.

“Kita teruskan komitmen ini demi dunia yang lebih adil dan berperikemanusiaan,” katanya.

Malaysia sememangnya sesuai untuk mainkan peranan ini, katanya kerana kita telah membuktikan bahwa mampu bersatu sebagai satu suara, walaupun dari pelbagai latar belakang. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *