DBKL tanggung RM260 juta setahun urus kutip 2,000 tan sisa sehari

Oleh: Sholina Osman
16 MEI 2025

Setiap hari, lebih 2,000 tan sisa dikutip di Kuala Lumpur, dengan bebanan kos pengurusan yang ditanggung oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencecah RM260 juta setahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, ini adalah satu angka yang besar dan begitu membimbangkan.

“Justeru, kita tidak boleh lagi bertindak secara reaktif atau berpuas hati dengan pendekatan lama,” katanya dalam hantaran di FB.

PELAN HALA TUJU

Terdahulu Dr Zaliha melancarkan Pelan Hala Tuju Kuala Lumpur ke Arah Sifar Sisa 204 yang merupakan satu komitmen besar untuk menjadikan ibu negara lebih bersih dan lestari.

Dr Zaliha berkata, dengan kesuntukan masa maka kena mulakan langkah itu mulai sekarang.

“Ibu kota ini perlu diwariskan kepada generasi masa depan dan saya tidak mahu dalam kepimpinan saya, tiada sebarang agenda mahupun tindakan untuk menyelesaikan isu yang sepatutnya sudah lama diselesaikan ini,” katanya.

Dr Zaliha berkata, melalui pelan ini, pihaknya menyasarkan pengurangan 20 peratus sisa organik dan 40 peratus sisa bukan organik (ltapak pelupusan menjelang 2040.

Katanya, ini bukan sahaja memerlukan perubahan sistem, tetapi perubahan budaya.

Namun usaha ini katanya, ia tidak boleh dipikul oleh DBKL sahaja di mana ia mesti digerakkan oleh semua, baik kerajaan, industri, komuniti mahupun institusi pendidikan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *