Kempen secara matang menjelang Pemilihan PKR 2025 – Noraini

Oleh: Sholina Osman
19 MEI 2025

Semua calon yang bertanding pada Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 perlu bersikap matang dalam berkempen daripada mengguna taktik serangan peribadi.

Teguran oleh Ketua Penerangan Wanita PKR Noraini Nordin ini setelah beliau melihat sesetengah pemimpin parti mula menggunakan taktik yang tidak sihat ini.

“Bagi saya, pemimpin yang matang tidak akan serang peribadi kerana kita nak berkempen, kita lawan idea, bukan individu,” katanya dalam kenyataan media.

Noraini yang juga bertanding Majlis Kepimpinan Wanita percaya sikap ini akan merendahkan martabat diri sendiri berterusan memainkan serangan peribadi.

SEBAGAI PEMIMPIN BESAR

Jelas Noraini sebagai pemimpin besar dalam parti, ramai yang hormat dan kagumi dia.

“Tapi bila ada ucapan yang dilihat menjurus kepada sindiran atau serangan peribadi, itu tak sepatutnya berlaku kerana irang luar sedang memerhati cara kita berkempen,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau turut memuji pendekatan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang bertanding sebagai Timbalan Presiden ini lebih menumpukan kepada usaha memperkukuhkan jentera parti.

“Saya tengok Nurul Izzah kekal tenang. Tak ada sentuh siapa-siapa pun malah memberi fokus kerja, fokus gerak kerja parti. Itu contoh yang baik,” katanya lagi.

Kempen pemilihan PKR 2025 dijangka berlangsung berterusan sebelum Kongres Nasional Keadilan ke-19 yang dijadualkan pada 22 hingga 24 Mei ini. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *