Agong kurnia surat cara pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan

Petikan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
20 MEI 2025

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan di Istana Negara, hari ini (20 Mei).

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Hakim berkenaan berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil.

Istiadat dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Yang Arif (YA) Datuk Lee Swee Seng diikuti Hakim Mahkamah Rayuan, YA Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan YA Datuk Dr Lim Hock Leng.

Hadir sama pada istiadat berkenaan, Ketua Hakim Negara YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat; Presiden Mahkamah Rayuan YAA Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Besar Malaya YAA Datuk Sri Hasnah Datuk Mohammed Hashim.

Turut hadir, Hakim Besar Sabah dan Sarawak YAA Tan Sri Abdul Rahman Sebli dan Peguam Negara Datuk Mohd Dusuki Mokhtar. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *