Pencapaian satu dekad sejak penubuhan Komuniti ASEAN beri semangat baharu – PMX

26 MEI 2025

Pencapaian satu dekad sejak penubuhan Komuniti ASEAN, memberi semangat dan keyakinan baharu kepada rantau ini, yang dicerminkan oleh daya tahan luar biasa meskipun dunia kini semakin kompleks dan penuh cabaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau lontarkan perkara penting itu sewaktu berucap pada sesi Plenary sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Mengambil kira peralihan dalam susunan geopolitik dan sistem perdagangan global kini, saya maklumkan bahawa pemusatan ASEAN dan persaudaraan antara negara-negara anggota penting untuk terus bersatu menghadapi cabaran yang ada ini secara bersama.

Menyentuh penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang pertama, katanya, ini adalah cerminan kejayaan dalam membentuk semula corak kerjasama sejajar dengan realiti dunia multipolar hari ini hatta melambangkan kekuatan perpaduan blok serantau yang pastinya akan memberi kesan positif kepada dunia

“Saya turut nyatakan penghargaan Malaysia kepada dukungan semua pihak dalam memastikan bahawa kepengerusian ASEAN kali ini dapat membawa kita semua ke arah pertumbuhan yang adil dan mampan serta daya tahan yang berterusan,” katanya dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *