



26 MEI 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dunia hari ini menuntut semua untuk membina daya tahan yang kukuh sama ada di peringkat nasional mahupun dalam kerangka serantau.
Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan dalam sesi Libat Urus Pemimpin ASEAN bersama wakil Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
“ASEAN perlu bersiap siaga menghadapi cabaran seperti ketidaktentuan geopolitik, perubahan iklim dan tekanan ekonomi global yang semakin meruncing,” katanya dalam hantaran di FB.
Justeru, itu katanya kerjasama erat antara kerajaan dan sektor swasta amat penting untuk memperkukuh inovasi, memperluas perdagangan serta pelaburan intra-ASEAN, dan menjamin kemakmuran yang lebih saksama dan mampan kepada seluruh negara anggota.
“ASEAN-BAC harus memainkan peranan penting dalam mengemukakan pandangan dan cadangan strategik yang memperhalusi dasar serta mempercepat usaha menjayakan agenda integrasi ekonomi serantau,” katanya. – JM
