ASEAN-GCC Economic Forum platform penting kukuhkan hubungan ekonomi – PMX

29 MEI 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN-GCC Economic Forum merupakan satu platform penting dalam mengukuhkan hubungan ekonomi antara satu sama lain ke tahap lebih maju lagi di masa hadapan.

“Pandangan itu saya lontarkan ketika menghadiri forum tersebut dan menegaskan kepentingan menerima pendekatan antarabangsa dalam membangunkan kerangka perundangan baharu berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan membina kedaulatan digital,” katanya dalam hantaran di FB.

Seharusnya, katq Anwar manfaat teknologi baharu ini bukan sahaja bersifat nasional atau subserantau, tetapi bersifat global, tanpa meminggirkan kerangka pemikiran manusia tradisional.

“Bergerak ke hadapan, Malaysia dan ASEAN mampu memperkukuh kerjasama ekonomi serantau bagi sesi pelaburan dalam tenaga, infrastruktur, digital, keselamatan makanan dan tenaga,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *