






30 MEI 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kadazandusun (KDCA) Kota Kinabalu pagi ini.
Dalam ucapan, Anwar menekankan bahawa tema “Kaamatan Montok Toinsanan!!” (Kaamatan untuk Semua) sempena Pesta Kaamatan yang kini memasuki tahun ke-65, adalah cerminan ketahanan, kekayaan serta warisan budaya masyarakat berbilang kaum di Sabah.
“Ia menggambarkan semangat perpaduan yang tinggi dan hubungan erat antara satu sama lain dalam masyarakat majmuk,” katanya dalam hantaran di FB.
BENAR-BENAR MEMAHAMI
Namun begitu, katanya tidak semua benar-benar memahami dan menghayati konsep perpaduan serta keharmonian kaum yang seharusnya menjadi tunjang utama dalam menjalin hubungan antara manusia, tanpa mengira pangkat mahupun kedudukan.
“Saya memberikan contoh bahawa elemen kebersamaan ini dapat dilihat melalui kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, yang sentiasa mendengar serta mengambil berat akan nasib rakyat.,” katanya.
Beliau berkata, moga segala keperluan rakyat terus diberi keutamaan untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Kaamatan Montok Toinsanan!! – Kaamatan untuk semua. – JM
