



31 MEI 2025
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengadakan perbincangan dua hala dengan Timbalan Perdana Menteri Republik Fiji, Manoa Seru Nakausabaria Kamikamica serta Menteri Penerangan dan Teknologi Komunikasi Iran, Dr. Seyed Sattar Hashemi.
Kesempatan ini diambil sempena Mesyuarat Menteri Asia-Pacific Telecommunity (APT) di Tokyo.
“Malaysia mengiktiraf peranan penting Fiji membangunkan infrastruktur digital dalam kalangan negara Kepulauan Pasifik dan menyambut baik peluang untuk memperkukuh kerjasama dua hala,” katanya dalam hantaran di FB.
INISIATIF TRANSFORMASI DIGITAL
Beliau berkata, inisiatif transformasi digital Fiji juga amat progresif, merangkumi pelaksanaan pendaftaran kelahiran secara dalam talian, penambahbaikan proses perniagaan, dan inovasi seperti M-PAiSA Mastercard.
Sementara itu, katanya, Malaysia juga menghargai sumbangan aktif Republik Islam Iran dalam APT.
“Malaysia dan Iran komited meneroka kerjasama lebih erat dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi,” katanya. – JM
