Malaysia sedang meneroka penubuhan Kit ASEAN untuk Keselamatan Dalam Talian – Fahmi

31 MEI 2025

Malaysia juga sedang meneroka penubuhan Kit ASEAN untuk Keselamatan Dalam Talian, yang bertujuan mengumpulkan sumber praktikal dan amalan terbaik daripada negara-negara anggota.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ini kerana Malaysia mahu menangani cabaran keselamatan dalam talian yang unik bagi setiap negara.

Beliau berkata, Malaysia juga kekal komited untuk bekerjasama dengan rakan serantau dalam membina persekitaran digital yang selamat, inklusif dan dipercayai.

PEMBINAAN KAPASITI BERTERUSAN

“Menerusi kerjasama, saling percaya dan pembinaan kapasiti berterusan, kita dapat memastikan tiada siapa yang tercicir dalam era digital,” katanya dalam hantaran di FB.

Terdahulu Fahmi telah menyampaikan Kenyataan Menteri sempena Mesyuarat Menteri “Asia-Pacific Telecommunity” 2025, di Tokyo.

Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, katanya Malaysia telah memulakan dan mengetuai Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Penggunaan Platform Media Sosial yang Selamat dan Bertanggungjawab untuk Asia Tenggara.

PERSIDANGAN MENTERI-MENTERI

“Draf Deklarasi ini telah disahkan pada Persidangan Menteri-Menteri ASEAN Bertanggungjawab Terhadap Maklumat (AMRI) ke-17 pada 7 Mei 2025, dan akan diterima pakai secara rasmi semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober 2025,” katanya.

Melalui Deklarasi ini, kata beliau ASEAN memperkukuh usaha kolektifnya untuk mempromosikan tingkah laku dalam talian yang bertanggungjawab dalam kalangan warganya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *