135 mahasiswa UiTM Perlis sertai “Community Outreach” Bersama Komuniti PPR Sena

Oleh: Sholina Osman
29 JUN 2025

Seramai 135 mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis sertai “Community Outreach” Bersama Komuniti di Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Sena Kangar, Perlis.

Kenyataan media memaklumkan program memberitahu, program ini juga melibatkan dua jurulatih kursus kokurikulum dan 150 orang komuniti PPR Seri Sena.

“Ia adalah sebuah program mesra masyarakat yang dirancangkan secara khusus bagi tujuan untuk menyemarak dan menyuburkan aktiviti menyantuni komuniti dalam pelbagai aspek dan sekaligus untuk mahasiswa mendekati masyarakat yang lebih memerlukan,” katanya.

MEMUPUK SEMANGAT KEPRIHATINAN
 
Selain itu katanya, program ini juga turut memupuk semangat keprihatinan, bertimbang rasa serta tanggungjawab sosial dalam kalangan mahsiswa terhadap masyarakat sekeliling.

Ia juga berfungsi sebagai platform bagi mahasiswa mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik secara holistik dalam kehidupan sebenar.

Pelaksanaan progam ini, sejajar dengan hasil pemetaan SDG UiTM yang telah ditetapkan iaitu kesihatan yang baik & kesejahteraan, pendidikan berkualiti serta pembangunan masyarakat yang mampan.

BELAJAR MENGUASAI 3M

Antara aktiviti pengisian di sepanjang program ini adalah Belajar Menguasai 3M (Membaca, Mengira dan Menulis), Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Sukaneka, Jom Kongsi Menu, Penjagaan Kesihatan, Free Market dan gerai – gerai jualan hasil produk penduduk PPR Seri Sena.
 
Program ini juga turut mendapat kerjasama dan sumbangan dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Lembaga Penduduk dan Pembangunan keluarga Negara (LPPKN) serta Syarikat Swasta yang turut turun padang bersama-sama menjayakan program ini.
 
Perasmian telah dilakukan oleh Muhammad Nur Aiman Nor Asli, Pegawai Eksekutif (Kurikulum) yang mewakili Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar.

Hadir sama wakil dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perlis NorAsyikin Mahir, Penyelaras Kursus Kokurikulum Khidmat Masyarakat (HDG133) Nur Aishah Zakaria, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Sena Mohamad Man dan warga penduduk PPR Seri Sena, Kangar. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *