






Wartawan JM
30 JUN 2025
Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Wilayah Tengah dengan sokongan Pejabat Negeri Selangor dan Pejabat Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Bengkel Latihan Kejurulatihan (TOT) untuk 56 petugas Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
Ia melibatkan 28 petugas dari NADI Wilayah Persekutuan dan 28 lagi dari NADI Selangor.
“Peserta didedahkan dengan struktur modul lengkap dan turut menjalani simulasi pelaksanaan mengikut kategori umur bagi kesemua modul iaitu bermula 7-9 tahun sehingga 18-30 tahun,” kata MCMC dalam hantaran di FB.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan MCMC Wilayah Tengah, Mohd Faisal Mohd Nor.
Manakala majlis Penutupan pula oleh Datuk Mohd Shafie Harun, Ketua Bahagian Koordinasi Wilayah dan Negeri, yang turut menzahirkan penghargaan atas komitmen tinggi semua pihak dalam menjayakan bengkel ini. – JM
