




Wartawan JM
4 JULAI 2025
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hadir ke sesi forum Keselamatan Dalam Talian sempena Pameran dan Persidangan Pertahanan serta Keselamatan Siber (CYDES) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Semasa sesi forum, Fahmi turut berkongsi pandangan terhadap trend, ancaman dan penyelesaian terkini keselamatan siber yang memberi kesan kepada masyarakat melalui Kempen Internet Selamat.
“CYDES 2025 bertemakan “Advancing Cyber Resilience” merupakan anjuran Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).
“Ia dianjurkan dengan kerjasama Alpine Integrated Solution Sdn. Bhd. (AIS) untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab keselamatan siber serantau, selari dengan aspirasi negara ke arah kematangan digital dan keselamatan siber,” kata Kementerian Komunikasi dalam hantaran di FB. – JM
