Mesyuarat NLAC bentang kertas kerja garis cadangan sewa penginapan oleh majikan – KESUMA

Oleh: Sholina Osman
Foto FB Kementerian Sumber Manusia
18 JULAI 2025

Mesyuarat NLAC Mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) turut membentangkan kertas kerja Garis Cadangan untuk Meningkatkan Kadar Sewa atau Caj Maksimum bagi Penginapan yang Disediakan oleh Majikan atau Penyedia Penginapan Berpusat.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam kenyataan media memaklumkan mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh Menterinya Steven Sim pada 17 Julai juga membentangkan kertas kerja Reformasi Perundangan Perburuhan Malaysia: Pencapaian dan Hala Tuju Strategik KESUMA serta Semakan Tatacara Keharmonian Perusahaan (Code of Conduct for Industrial Harmony).

Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil Kerajaan, wakil Majikan
dan wakil Pekerja selaras dengan keanggotaan baharu NLAC yang berkuat kuasa mulai 1 Mei 2025 hingga 30 April 2027.

KOMITMEN BERTERUSAN KERAJAAN

Kejayaan penganjuran mesyuarat ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh platform tripartit antara Kerajaan, majikan dan pekerja bagi
membincang serta mendapatkan nasihat dan pandangan bersama berkaitan dasar, undang-undang dan amalan pekerjaan.

Usaha ini adalah sebahagian daripada inisiatif KESUMA untuk menangani isu-isu perburuhan secara inklusif ke arah memperbaiki keadaan pekerjaan, memantapkan amalan pekerjaan dan seterusnya meningkatkan produktiviti negara.

KESUMA telah berkongsi maklumat berkaitan dasar, program, inisiatif serta perkembangan semasa pasaran buruh termasuk penglibatan
kementerian di peringkat antarabangsa. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *