MERIAH : Menteri Komunikasi sertai Fun Run & Walk Merdeka bersama tiga ribu peserta

Oleh:- Wartawan JM
27 Julai 2025

MUAR :- Meriah dan teruja . Begitulah yang dapat dirasai oleh peserta yang menyertai program Fun Run & Walk Merdeka pagi ini.
Lebih meriah lagi apabila
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil turut ‘ turun padang’ menyertai kira-kira 3,000 peserta tersebut.

Program Merdeka 6.8KM Fun Run & Walk yang berlangsung penuh ceria di Dataran Tanjung Emas, Muar bersempena dengan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang (MPBKKJG) 2025 hari ini.

Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 sebelum itu melakukan pelepasan pada 7.08 pagi sebelum bersama-sama berlari dengan peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah dan Institut Pendidikan Tinggi (IPT), komuniti pelari serta petugas agensi dan jabatan kerajaan- JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *