YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP PANGLIMA TENTERA UDARA YANG BAHARU

29 Julai 2025

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris, Panglima Tentera Udara Ke-21.

Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan dilantik sebagai Panglima Tentera Udara pada bulan lalu menggantikan Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan yang menamatkan perkhidmatan.

Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, pada hari ini (29 Julai).

YDPAgong

AllahPeliharakanSultan

IstanaNegara

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *