SESI PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DAN BACAAN KALI PERTAMA RANG UNDANG-UNDANG KEHADIRAN WAJIB PESALAH-PESALAH (PINDAAN) 2025 PADA MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KELIMA BELAS DEWAN RAKYAT DI PARLIMEN MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 23 Julai 2025 – YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri menjawab pertanyaan daripada YB Tuan Chong Zhemin, Ahli Parlimen Kampar pada sesi pertanyaan bagi Jawab Lisan berkenaan dengan bilangan kes jenayah siber yang dilaporkan sepanjang tahun 2024 dan langkah kementerian bagi meningkatkan tahap keselamatan digital rakyat dalam sidang Dewan Rakyat pada hari ini. YB Menteri Dalam Negeri juga telah menyempurnakan Bacaan Kali Yang Pertama Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2025.

Sesi pada hari ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, YBhg. Datuk Haji Makhzan bin Mahyuddin, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN, pegawai-pegawai kanan KDN daripada Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA, Bahagian Perancangan Strategik, Pejabat Penasihat Undang-undang, Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia.

KeselamatanTanggungjawabBersama

MalaysiaMADANI

KDNMADANI

KDNYakinMADANI

KDNIhsanMADANI

KementerianDalamNegeri

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *