RAJA PERMAISURI AGONG RASMI FESTIVAL FLORA BORNEO 2025

26 Julai 2025

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat dan merasmikan Festival Flora Borneo 2025.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut berkenan melawat tapak festival di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan hari ini (26 Julai), yang mempamerkan pelbagai spesies tumbuhan eksotik dan terancam, landskap mini serta pelbagai seni hiasan taman.

Terdahulu, Raja Zarith Sofiah berkenan menyempurnakan gimik perasmian Festival Flora Borneo dan dipersembahkan dengan spesis orkid tropika dari hutan hujan Asia Tenggara bernama Ceologyn pandurata.

Hadir sama, YABhg Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Isteri TYT Sarawak; YB Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan YBhg. Puan Sri Maheran Jamil, Isteri Ketua Setiusaha Negara.

Festival Flora Borneo yang julung kali diadakan ini menampilkan 31 taman bertema bertujuan menonjolkan kekayaaan biodiversiti Borneo di samping mempromosikan pelancongan, merangsang aktiviti ekonomi dan meningkatkan kesedaran alam sekitar di Pulau Labuan.

Acara ikonik ini merupakan anjuran kerjasama antara Perbadanan Labuan, Perbadanan Putrajaya, Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

RPAgong

AllahPeliharakanSultan

IstanaNegara

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *