
Wartawan JM
Foto Ihsan Pejabat Perdana Menteri (PMO)
31 JULAI 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah menerusi panggilan telefon sejurus tiba di Bangunan Sekretariat ASEAN di Jakarta.
“Kami menyentuh soal ASEAN selain bercakap mengenai usaha mendamaikan Thailand dan Kemboja yang semalam bersetuju tanpa syarat untuk menghentikan segala bentuk keganasan,” katanya dalam hantaran di FB.
Beliau berkata kedua pihak yakin ASEAN akan terus menjadi rantau contoh dalam menjulang diplomasi dan keamanan sejagat. – JM
