KDN lancar Imigresen Football Club (IFC) bakal beraksi Liga Super musim 2025/2026

Oleh: Sholina Osman
7 OGOS 2025

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melakar detik bersejarah dengan pelancaran Imigresen Football Club (IFC) yang akan beraksi dalam Liga Super musim 2025/2026 anjuran Malaysian Football League (MFL), serta Liga A1 Semi-Pro anjuran Amateur Football Club.

Pelancaran ini dilakukan oleh Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Jelas Saifuddin, IFC memilih untuk berpangkalan di zon utara, menjadikan negeri Kedah sebagai lokasi utama persiapan pasukan.

“Kenapa Utara? Saya percaya, peminat bola sepak di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan sekitarnya berhak untuk terus menyaksikan aksi liga tertinggi negara ini di halaman sendiri,” kata Saifuddin dalam hantaran di FB.

SATU SIMBOL KEBANGGAAN

Beiiau berkata IFC bukan sekadar nama malah sebagai satu simbol kebanggaan buat warga Jabatan Imigresen Malaysia dan seluruh keluarga besar KDN.

Katanya pasukan ini dibarisi oleh pemain-pemain tempatan dari seluruh pelusuk negara dan akan digandingkan juga dengan kekuatan pemain import yang berpengalaman.

“Saya percaya, gabungan tenaga muda, pengalaman luas, dan strategi kejurulatihan yang rapi akan menjadikan pasukan ini mampu bersaing di peringkat tertinggi

Yang penting, fokus kami bukan semata-mata pada kemenangan, tetapi kepada membina pasukan yang konsisten, berdisiplin dan membanggakan,” tambah beliau.

MEMBERIKAN KOMITMEN BESAR

Saifuddin juga merakamkan penghargaan kepada para penaja yang telah memberikan komitmen besar kepada projek ini.

Beliau berkata sokongan mereka bukan hanya pada nama, tetapi pada keyakinan bahawa IFC mampu melakar sesuatu yang bermakna dalam dunia bola sepak negara.

“Kepada seluruh peminat bola sepak, khususnya di utara, saya mengajak anda untuk bersama kami. Jadilah penyokong setia kepada pasukan baharu ini. InsyaAllah, dengan sokongan anda, kita akan melakar sejarah bersama,” tambah Saifuddin. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *