MESYUARAT BERHUBUNG KEPERLUAN PINDAAN SEKSYEN 97, AKTA KANAK KANAK 2001 (Akta 611)

12 Ogos 2025

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM telah mengadakan sesi perbincangan bagi mengenal pasti keperluan pindaan Seksyen 97, Akta Kanak-Kanak 2001 susulan pemansuhan hukuman mati mandatori dan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat melalui Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Asmar Asmadi bin Abdullah Sani, Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan dihadiri oleh wakil dari Pejabat Yang Berhormat Timbalan Menteri serta pegawai dari seksyen dasar dan penyelidikan.

Sesi ini bertujuan memastikan perlindungan dan kepentingan terbaik kanak-kanak terus menjadi keutamaan dalam sistem perundangan negara.

BHEUU

AktaKanakKanak

PemansuhanHukumanMati

KPWKMPrihatin

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *