PENGURUSAN WARGA ASING DI SABAH: KOMITMEN BERSEPADU DEMI KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

14 Ogos 2025

KOTA KINABALU:- Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-Induk) Bil. 1 Tahun 2025 telah dipengerusikan bersama oleh YB Datuk Seri Panglima Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri dan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, hari ini.

Selaras dengan Reformasi MADANI, mesyuarat ini menegaskan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Negeri Sabah untuk mengurus serta mengawal warga asing di Sabah secara bersepadu, berkesan, dan berterusan demi keselamatan negara, keharmonian sosial, dan pembangunan ekonomi yang mampan.

Antara keputusan utama yang dibentangkan:

✅ 113 282 orang warga asing telah berjaya didaftarkan dalam sistem pendataan digital berpusat.
✅ 162 operasi penguatkuasaan dilaksanakan sejak awal 2025, dengan 4 068 penahanan atas pelbagai kesalahan.
✅ Aktiviti pendataan digital disetujui untuk diteruskan sehingga suatu tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah serta diperluas kepada sektor pertanian, pembuatan, perlombongan, pengkuarian dan perkhidmatan.

Langkah ini membuktikan bahawa keselamatan dan kesejahteraan rakyat hanya dapat dicapai melalui kerjasama erat kerajaan, agensi penguatkuasaan, dan masyarakat, selaras dengan nilai MADANI yang mengutamakan kemakmuran bersama dan kelestarian negara.

Turut hadir YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha KDN, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YBhg. Datuk Haji Makhzan bin Mahyuddin, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN serta pegawai-pegawai kanan persekutuan dan negeri Sabah.

KDNReformasiMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #KDNYakinMADANI #MalaysiaMADANI #KDNSejahteraMADANI

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *