



18 Ogos 2025
Prosiding akan berlangsung selama 19-hari termasuk pada tarikh yang telah ditentukan ia iaitu 4, 8 hingga 12,17 hingga 19 dan 22 hingga 30 September.
Perkara ini diputuskan Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Azreena Aziz yang juga bersidang sebagai koroner, dalam sebutan kes tersebut di Mahkamah Kota Kinabalu, pagi tadi.
Dalam sebutan ini, Timbalan Pendakwa Raya yang juga merupakan Pengendali Kes, Mohd Fairus Johari turut memberitahu 195-saksi telah direkod kenyataan sementara jumlah βdeponen(saksi)β akan disenaraikan sebelum 3-September prosiding bermula.
Terdahulu, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan, semalam, memaklumkan perkara ini susulan permohonan dibuat Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta593).
Wartawan Lokasi/Gambar : Serina Olivia Chong
Jurukamera : Nasa
