ππ„π‘π‰π”πŒππ€π€π π˜π€π 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ ππ€π†πˆ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŽπ†πŽπ’ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“

PUTRAJAYA, 18 Ogos 2025 – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, menegaskan bahawa aplikasi seperti ChatGPT wajar digunakan secara berhati-hati dengan memastikan maklumat yang diperoleh benar dan tepat, kerana ia bukanlah satu-satunya sumber rujukan yang boleh dipercayai sepenuhnya.

Dalam amanatnya, YAB Perdana Menteri menekankan bahawa pelaksanaan agenda pendigitalan negara melalui inisiatif AI untuk Rakyat, penubuhan Institut AI, serta kewujudan Kementerian Digital adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan MADANI ke arah mempercepat transformasi digital. Walau bagaimanapun, beliau turut mengingatkan bahawa penerapan Kecerdasan Buatan (AI) tidak boleh dianggap sebagai jaminan automatik bagi peningkatan produktiviti sektor awam, sebaliknya perlu dinilai dengan cermat.

Beliau juga menyentuh isu Paradoks Produktiviti, fenomena global yang muncul seiring perkembangan teknologi dan penggunaan AI. Sehubungan itu, beliau menyeru Kementerian Digital bersama Kementerian Komunikasi untuk memberi perhatian khusus dalam mencari jalan penyelesaian yang praktikal.

YAB Perdana Menteri turut mengharapkan agar YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, bersama barisan pengurusan tertinggi dapat merangka langkah awal yang menyeluruh dalam menghadapi cabaran ini, demi memperkukuh keberkesanan serta kecekapan penyampaian perkhidmatan awam di era digital.

Foto oleh: Muhammad Faiz bin Norzani (Pejabat TKSUK) dan Nurshahnaz Fazlie bin Shahrizal (UKK JPM)

JabatanPerdanaMenteri

MalaysiaMADANI

RancakkanMADANI

MADANIBekerja

TaatSetia

@shamsulazri.abubakar
@malaysiapmo

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *