
Oleh: Sholina Osman
19 OGOS 2025
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang membangunkan instrumen subsidiari di bawah Akta 866, di mana peraturan dan kod yang sedang dibangunkan ini turut memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan perlindungan kanak-kanak dalam talian.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata pengurusan risiko
MCMC juga turut meneliti keperluan bagi penyedia perkhidmatan untuk
melaksanakan pelabelan kandungan yang dijana secara menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (Al) melalui kod ini.
“Inisiatif ini bertujuan membantu pengguna mengenal pasti kandungan yang berpotensi mengelirukan, manipulatif atau tidak sahih, selaras dengan usaha mengurangkan risiko penyebaran maklumat tidak tepat atau kandungan memudaratkan di platform dalam talian,” kata beliau ketialka menjawab soalan lisan Datuk Shamshul Kahar Mohd Deli (BN-Jempol) di Dewan Rakyat.
MENGGUBAL AKTA KESELAMATAN
Fahmi berkata kerajaan telah menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 [Akta 866] bagi meningkatkan dan menggalakkan keselamatan dalam talian di Malaysia.
Selain itu kata beliau ia bertujuan mengawal selia kandungan memudaratkan dan mengadakan peruntukan bagi kewajipan dan obligasi bagi penyedia pemberi perkhidmatan aplikasi, pemberi perkhidmatan kandungan dan pemberi perkhidmatan rangkaian.
Beliau berkata kerajaan juga akan menubuhkan Jawatankuasa
Keselamatan dalam Talian yang berfungsi untuk menasihati dan
memberikan syor kepada MCMC mengenai perkara-perkara yang
berhubung dengan keselamatan dalam talian.
“Penubuhan Jawatankuasa
Keselamatan dalam Talian akan diuruskan oleh Menteri Undang-Undang dan keanggotaannya terdiri daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk wakil daripada penyedia perkhidmatan berlesen,” tambah beliau. – JM
