SEMUA PIHAK WAJIB BERSIFAT MANUSIAWI DAN BERSIMPATI DENGAN NASIB PENDUDUK BERKAITAN AKTA PSB

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2025 – Demi kesejahteraan rakyat, semua pihak wajib bersimpati dan bersifat manusiawi dengan keperitan hidup rakyat yang menduduki rumah flat yang daif dan usang di seluruh negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Nga Kor Ming hari ini menekankan nasihat YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim yang mahukan semua pihak bersifat manusiawi dan bersimpati terhadap keperitan hidup dan keperluan sebenar penduduk di flat rumah yang usang dan daif supaya RUU PSB tidak disalah tafsir dengan fakta yg tidak benar.

Beliau berkata demikian selepas bertemu dengan Perdana Menteri di galeri pameran Akta PSB di Bangunan Parlimen pagi tadi.

“PSB ini bukanlah perkara baharu yang dibawa oleh Kerajaan hari ini. Malah, garis panduan PSB sudah wujud sejak 2012 dan kerajaan-kerajaan sebelum ini turut menyatakan hasrat untuk meluluskan akta ini demi membantu rakyat yang terkesan ketika mereka mentadbir.

“Namun kini, apabila berada di blok pembangkang, mereka menukar pendirian dan memutarbelitkan RUU ini. Seharusnya mereka bersikap jujur dan tidak mempolitikkan isu yang berniat suci murni ini,” kata beliau.

Nga mengulas, “Perlu ditegaskan setakat ini 534 buah kawasan di bawah kerajaan negeri, termasuk negeri SG4 iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah telah pun dipersetujui oleh kerajaan negeri termasuk warta untuk pelaksanaan PSB sebelum ini.

Oleh itu, Nga berkata ianya tidak wajar pihak yang sebelum ini menyokong kini mengambil pendirian untuk membantah pelaksanaan PSB.

Sebelum itu, pada sesi waktu pertanyaan Perdana Menteri PMQT di Parlimen pagi ini, Perdana Menteri turut menolak dakwaan berunsur perkauman yang membuat tohmahan RUU PSB ini merupakan strategi kaum Cina untuk merampas hak Melayu dan menegaskan bahawa kepentingan Bumiputera yang merupakan majoriti akan sentiasa dipertahankan oleh beliau dan Akta PSB bersifat adil dan inklusif.

Gambar :

YAB PM Datuk Seri Anwar Ibrahim mempamerkan gambar bangunan usang yg terdesak untuk pembaharuan semula bandar. Beliau minta semua pihak fokus bantu rakyat dan bukan politikkan perkara baik yg berniat suci. Turut hadir Menteri Perumahan dan kerajaan tempatan YB Nga Kor Ming dan Ketua Pengarah PLANS Malaysia Datuk Dr Alias Rameli.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *